Posts

PKA Anglers: Ikatan Persahabatan Melalui Hobi Memancing

Image
dari  kiri (duduk) Perman, dodo, maickon Dari kiri (berdiri) jijie, po, renji PKA Anglers merupakan sebuah kumpulan pemancing separuh masa yang terdiri daripada sekumpulan anggota kesihatan, khususnya Pembantu Kesihatan Awam (PKA), yang berkhidmat di daerah Tuaran, Sabah. Kumpulan ini ditubuhkan atas dasar minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing, yang bukan sahaja menjadi hobi, tetapi juga sebagai medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Kumpulan ini diasaskan oleh seorang yang hanya ingin dikenali sebagai Dodo. Beliau melihat potensi besar dalam menjadikan aktiviti memancing sebagai satu wadah untuk mengukuhkan silaturahim dan mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan PKA. Berbekalkan semangat itu, beliau telah mengumpulkan rakan-rakan sekerja yang berkongsi minat yang sama, lalu lahirlah PKA Anglers. Antara ahli yang turut serta dalam kumpulan ini ialah Po, Jijie, Maickon, Renji, Perman dan Awill. Kesemua mereka merupakan Pembantu Kesihatan Awam yang be...

MISI MEMBURU SANG PENGHUNI DASAR DI TAKAT PULAU MENGALUM BERSAMA INFINITY FISHING CHARTERS

Image
Laut sentiasa menyimpan seribu satu rahsia. Setiap kali bot meninggalkan jeti, debaran untuk bertemu penghuni dasar pasti membuatkan setiap pemancing tidak sabar menunggu saat tali mula dilabuhkan. Begitulah kisah trip PKA Anglers kali ini bersama Infinity Fishing Charter, yang membawa kami ke salah satu lubuk terbaik di perairan Sabah iaitu Takat Pulau Mengalum. Seramai 7 orang pemancing menyertai trip ini, diketuai oleh seorang tekong yang berpengalaman serta dibantu oleh dua orang awak-awak yang sentiasa memastikan segala urusan di atas bot berjalan lancar. Dengan cuaca yang cukup baik dan keadaan laut yang bersahabat, perjalanan menuju ke lubuk terasa begitu tenang sambil masing-masing berkongsi cerita dan memasang strategi. Setibanya di kawasan takat Pulau Mengalum, aktiviti dimulakan dengan teknik bottom fishing. Umpan segar dilabuhkan ke dasar, menanti sentapan daripada spesies idaman seperti kerapu, Ayam², lausu, ketambak dan pelbagai lagi penghuni dasar...

CUBERA FISHING CHARTER TRIP YANG BERBALOI

Image
Pengalaman Trip Memancing Bersama Cubera Fishing Charter  Kalau sebut pasal memancing di sekitar laut, memang lain macam aura dia. Beberapa hari lepas kami dari Team PKA Anglers berpeluang menyertai satu trip bersama Cubera Fishing Charter yang dikemudi oleh tekong yang mesra iaitu Kapten Haziq Nuh atau lebih mesra dengan panggilan ajik. Serius, pengalaman kali ni memang lain daripada yang lain. dari bot, servis, sampai ke hasil tangkapan. Lokasi Cubera Fishing Charter ini bertempat di jeti bawah jambatan Gayang (KKIA SUP IKAN). Haa!! inilah dia Kapten Kapal Cubera Fishing Charter Tuan Haziq Nuh  (Akhir artikel ni nanti ada saya selitkan contact number Kapten Haziq ya. Manatau kamu pun mau merasa pengalaman Bersama Cubera Fishing Charter terus contact ja number tu)... Ok sambungg... Seawal jam 6 pagi kami berkumpul di jeti dan terus kemas dan simpan segala alat pancing atas bot, lepas selesai kemas barang atas bot, Kapten Ajik hulur tapau sarapan untuk ...

OZY SPORT FISHING : PENGALAMAN MEMANCING DI PINGGIRAN PANTAI BARAT SABAH

Image
OZY FISHING TRIP BOAT Kalau kamu seorang peminat aktiviti memancing laut atau ingin mencuba pengalaman memancing yang sebenar di perairan indah Pinggiran KK Sabah, Ozy Fishing Trip adalah pilihan yang kamu tidak boleh lepaskan. Beroperasi dari Kota Kinabalu, servis memancing ini dikendalikan oleh dua individu istimewa yang dikenali sebagai Mr. Ozy dan Mr. Boy. Hasil Tangkapan Jigging Dan Bottom pawaaaah! Dengan pengalaman bertahun-tahun di laut dan pengetahuan luas tentang lokasi lubuk-lubuk ikan terbaik, Mr. Ozy dan Mr. Boy memastikan setiap trip bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membuahkan hasil. Mereka sangat mesra dan berpengalaman dalam mengendalikan pemancing dari pelbagai latar belakang dari pemancing baru hinggalah kepada pemancing profesional. Trip memancing bersama Ozy Sport Fishing merangkumi beberapa kawasan pulau popular dan kaya dengan hasil laut, antaranya: 1. Pulau Gaya 2. Pulau Sapi 3. Pulau Sepanggar 4. Pulau Mengalum Sangat indah dapat ikan saiz gaiss!! Senyum!!...