CUBERA FISHING CHARTER TRIP YANG BERBALOI
Pengalaman Trip Memancing Bersama Cubera Fishing Charter
Kalau sebut pasal memancing di sekitar laut, memang lain macam aura dia. Beberapa hari lepas kami dari Team PKA Anglers berpeluang menyertai satu trip bersama Cubera Fishing Charter yang dikemudi oleh tekong yang mesra iaitu Kapten Haziq Nuh atau lebih mesra dengan panggilan ajik. Serius, pengalaman kali ni memang lain daripada yang lain. dari bot, servis, sampai ke hasil tangkapan. Lokasi Cubera Fishing Charter ini bertempat di jeti bawah jambatan Gayang (KKIA SUP IKAN).
| Haa!! inilah dia Kapten Kapal Cubera Fishing Charter Tuan Haziq Nuh |
(Akhir artikel ni nanti ada saya selitkan contact number Kapten Haziq ya. Manatau kamu pun mau merasa pengalaman Bersama Cubera Fishing Charter terus contact ja number tu)... Ok sambungg...
Seawal jam 6 pagi kami berkumpul di jeti dan terus kemas dan simpan segala alat pancing atas bot, lepas selesai kemas barang atas bot, Kapten Ajik hulur tapau sarapan untuk kami bersarapan. Memang ngam masa tu untuk kami isi perut sebelum memulakan perjalanan, kena-kena lagi memang lapar waktu awal pagi tu haha. Apa yang paling best dan menarik pakej trip ni memang termasuk sarapan, makan tengahari, air mineral, soft drink dan ais sekali. Jadi memang tidak perlu pening kepala fikir pasal makanan dan minuman.
Bagi pengangkutan kami pula, merupakan bot yang mempunyai saiz yang cukup selesa dengan saiz keluasan 26 kaki panjang dengan lebar 7.4 kaki. Memang steady, bot ini dapat memuatkan 8 orang pemancing termasuk kapten dan pembantu bot. Lagi satu yang membuat hati sedikit lega, kerana ada tandas & air bersih untuk kegunaan pemancing jadi kerisauan para pemancing apabila perut buat hal tu kira settle la.
Teknologi pun tidak ketinggalan juga siap ada Fish Finder & GPS, jadi senang nak cari spot anti kumpau. Life jacket juga disediakan bagi tujuan keselamatan para pemancing, mancing mancing juga, tapi keselamatan tetap diutamakan.
Selepas saja enjin dihidupkan, kami terus berlayar menuju ke spot anti kumpau iaitu takat 320-330 atau juga dikenali sebagai bunburry. spot bunburry menjadi pilihan team kami pada waktu itu. Antara spot-spot lain yang terkenal adalah seperti senarai dibawah, kamu roger ja sama kapten Ajik kamu mau pigi takat mana and of course lain takat lain harga.
(Pasal harga tu kamu boleh PM WhatsApp Kapten Ajiq)
๐ Mengalum – kawasan ni memang syok kalau main bottom. Jigging pun boleh juga dari kamu ja tu hee.
๐ St. Joseph – spot ikan pelagik, ada masa boleh jumpa kawanan predator.
๐ Pritchard Bank – sesuai untuk jigging, dasar dia memang banyak potensi.
๐ 320 – 330 – port favourite kaki pancing laut dalam.
Memang setiap takat ada cabaran tersendiri. Ada masa joran melentur sampai rasa mau putus, ada masa tunggu sabar baru datang rezeki. Pelbagai teknik juga kami praktikkan semasa memancing untuk menangkap hasil masa tu ada yg bermain jigging, ada bermain teknik bottom, ada yg menggunakan umpan hidup ada juga yang mabuk tidur2 dibuat macam hotel California ๐คฆ.
Waktu tenghari pula, kami berhenti sekejap untuk berehat dan menyantap makanan tengahari kami. Masa tu memang lapar tu datang balik selepas memulas tenaga semasa aktiviti memancing sesi pagi, jadi kami pun menyantap makanan tengahari dengan penuh selera dengan makanan yang simple tapi cukup padu dan mengenyangkan. Menu kami pada waktu itu adalah Nasi Ayam Kari, Sumpah tidak tipu memang sedapppp . Ditambah pula dengan angin laut, bunyi ombak memang terasa nikmat bersantai atas bot.
![]() |
| Nasi Kari Ayam Jadi Santapan Tenghari |
Selepas makan tengahari, kami terus sambung aktiviti utama kami dengan penuh harapan dapat membawa hasil untuk dibawa balik. Seperti biasa, bila ada yang strike, suasana terus riuh. Gelak tawa, jeritan “aku tak kumpau!” atau “aduhhhh laki ni tak pandai mancing rupanyaa!” jadi halwa telinga. Inilah moment yang buat trip macam ni jadi berbaloi. Bukan sekadar dapat merasai tarikan ikan, tapi memori bersama geng pancing yang tak boleh dibeli juga sangat mengasyikkan.
| Antara Strike (Laipan) Kami Pada Waktu Tu |
Secara jujur, trip bersama Cubera Fishing Charter memang amat berbaloi. Tekong Ajik bukan sahaja pandai cari spot, tapi juga ramah dan tak kedekut ilmu. Kemudahan bot pula lengkap, makanan pun tersedia. Tinggal kita saja bawa set pancing & semangat untuk melawan penghuni laut dalam.
Kesimpulannya, kalau anda cari trip memancing yang santai, selesa tapi tetap penuh aksi, Cubera Fishing Charter memang patut masuk dalam list.
Kapten Haziq Nuh : 014 6869748
Facebook : Cubera Fishing Charter
| Gambar Hasil Selepas Seharian Memancing |
| Menunjuk Hasil Tangkapan Menggunakan Teknik Bottom by Masta Mazni |
| Masta Renji Menunjukkan Hasil Daripada Teknik Jigging |


Comments
Post a Comment