Posts

Showing posts from July, 2025

OZY SPORT FISHING : PENGALAMAN MEMANCING DI PINGGIRAN PANTAI BARAT SABAH

Image
OZY FISHING TRIP BOAT Kalau kamu seorang peminat aktiviti memancing laut atau ingin mencuba pengalaman memancing yang sebenar di perairan indah Pinggiran KK Sabah, Ozy Fishing Trip adalah pilihan yang kamu tidak boleh lepaskan. Beroperasi dari Kota Kinabalu, servis memancing ini dikendalikan oleh dua individu istimewa yang dikenali sebagai Mr. Ozy dan Mr. Boy. Hasil Tangkapan Jigging Dan Bottom pawaaaah! Dengan pengalaman bertahun-tahun di laut dan pengetahuan luas tentang lokasi lubuk-lubuk ikan terbaik, Mr. Ozy dan Mr. Boy memastikan setiap trip bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membuahkan hasil. Mereka sangat mesra dan berpengalaman dalam mengendalikan pemancing dari pelbagai latar belakang dari pemancing baru hinggalah kepada pemancing profesional. Trip memancing bersama Ozy Sport Fishing merangkumi beberapa kawasan pulau popular dan kaya dengan hasil laut, antaranya: 1. Pulau Gaya 2. Pulau Sapi 3. Pulau Sepanggar 4. Pulau Mengalum Sangat indah dapat ikan saiz gaiss!! Senyum!!...