OZY SPORT FISHING : PENGALAMAN MEMANCING DI PINGGIRAN PANTAI BARAT SABAH

OZY FISHING TRIP BOAT

Kalau kamu seorang peminat aktiviti memancing laut atau ingin mencuba pengalaman memancing yang sebenar di perairan indah Pinggiran KK Sabah, Ozy Fishing Trip adalah pilihan yang kamu tidak boleh lepaskan. Beroperasi dari Kota Kinabalu, servis memancing ini dikendalikan oleh dua individu istimewa yang dikenali sebagai Mr. Ozy dan Mr. Boy.

Hasil Tangkapan Jigging Dan Bottom pawaaaah!


Dengan pengalaman bertahun-tahun di laut dan pengetahuan luas tentang lokasi lubuk-lubuk ikan terbaik, Mr. Ozy dan Mr. Boy memastikan setiap trip bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membuahkan hasil. Mereka sangat mesra dan berpengalaman dalam mengendalikan pemancing dari pelbagai latar belakang dari pemancing baru hinggalah kepada pemancing profesional.

Trip memancing bersama Ozy Sport Fishing merangkumi beberapa kawasan pulau popular dan kaya dengan hasil laut, antaranya:

1. Pulau Gaya

2. Pulau Sapi

3. Pulau Sepanggar

4. Pulau Mengalum


Sangat indah dapat ikan saiz gaiss!! Senyum!!


Setiap lokasi menjanjikan pengalaman memancing yang berbeza dari ikan karang seperti kerapu dan jenahak, hingga kepada spesies pelagik seperti tenggiri, GT dan talang.

Bot memancing yang digunakan oleh Ozy Fishing Trip direka khas untuk keselesaan dan keselamatan pemancing. Lengkap dengan peralatan keselamatan, ruang penyimpanan hasil tangkapan, dan ruang memancing yang luas, bot ini sesuai untuk trip harian atau sewa khas mengikut permintaan pelanggan.


Kenapa pilih Ozy Fishing Trip?

✅ Pengendali tempatan berpengalaman

✅ Harga berpatutan dengan servis premium

✅ Trip santai & mesra keluarga

✅ Lubuk memancing terbaik di Sabah

✅ Mesra pelanggan dan selesa


Ozy Sport Fishing bukan sekadar trip memancing, ia adalah pengalaman laut yang penuh kenangan, dikendalikan dengan penuh keikhlasan oleh keluarga angler sejati. Sama ada anda ingin membawa keluarga, rakan-rakan atau mencuba sesuatu yang baru di Sekitar Pinggiran KK, Sabah, pastikan kamu tempah slot kamu dengan Ozy Sport Fishing.


Facebook : Ozy Fishing Trip


Contact Number : 010-2425294 (Boy Ozy)



By Mr. Nascentes Morimur

Comments

Popular posts from this blog

MISI MEMBURU SANG PENGHUNI DASAR DI TAKAT PULAU MENGALUM BERSAMA INFINITY FISHING CHARTERS

CUBERA FISHING CHARTER TRIP YANG BERBALOI